Dato’ Sri Jailani Johari Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Yang Baharu

Dato’ Sri Jailani Johari Dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Yang Baharu

12 Februari 2026 | Kuala Lumpur

​Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini mengumumkan pelantikan Dato’ Sri Jailani Johari sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu berkuat kuasa 7 Februari 2026.

​Pelantikan strategik bagi tempoh tiga (3) tahun itu dilihat selari dengan komitmen Kementerian untuk memastikan kelangsungan kecemerlangan tadbir urus universiti.

​Beliau merupakan tokoh yang memiliki latar belakang pendidikan kukuh dengan kelulusan dalam bidang undang-undang dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1989.

​Kredibiliti beliau turut diperkasakan dengan pengalaman luas dalam tadbir urus korporat menerusi penglibatan di pelbagai agensi seperti SME Corp Malaysia dan Al-Hijrah Media Corporation.

​Kementerian menaruh keyakinan tinggi bahawa kepimpinan beliau mampu memacu UPM sebagai pusat rujukan utama serantau dalam bidang pertanian moden, teknologi makanan dan kesihatan.

​Sinergi pengalaman dan kepakaran beliau diyakini bakal memastikan UPM kekal relevan serta menyumbang secara signifikan kepada kelestarian alam sekitar dan agenda pembangunan negara.

​KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Pengerusi, Dato' Prof. Emeritus Dr. Ibrahim Komoo atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang memimpin UPM sebelum ini.

​Hadir sama pada sesi penyerahan, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1081
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 09 April 2026, 08:49:04.

logo-sirim