logo kpt black

SIARAN MEDIA

PERMOHONAN UPUONLINE® BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI
AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN MARA
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT)
SESI AKADEMIK 2026/2027


Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2026/2027 ke program Sijil, Asasi, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti (KK) dan dua (2) institusi dari MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline® akan dibuka pada 29 Januari hingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/ Setaraf; dan seterusnya pada 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026 bagi permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM/ Setaraf.

Permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian pada Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/ Setaraf, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian sahaja dibuka pada permohonan Fasa Kedua Lepasan STPM/ Setaraf.

Pembelian No. Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 Januari 2026 sebelum mengemukakan permohonan dengan harga RM 10.60 (termasuk cas perkhidmatan). Kaedah bayaran No. Pin UPUOnline® di BSN adalah melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. BSN akan mengeluarkan No. Pin UPUOnline® beserta salinan resit pembayaran. Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan.

Semua calon yang berkelayakan adalah dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi. Terdapat sebanyak 363 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,146 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, KK dan MARA BPT seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook & Instagram: BKPA UPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
22 JANUARI 2026

Muat Turun:

 

pdf Siaran Media - Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027(166 KB)

 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2179
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 23 Januari 2026, 09:07:53.

logo-sirim