logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KPT SAMBUT BAIK CADANGAN PM UNTUK KAJI SEMULA KADAR
PINJAMAN DAN TERMA PEMBAYARAN BALIK PTPTN


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik cadangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan sedang mempertimbang untuk mengkaji semula kadar pinjaman dan terma pembayaran balik hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membantu peminjam dengan lebih baik, di samping menangani isu hutang tertunggak yang tinggi.

KPT menyedari keluhan pelajar dan sedang meneliti secara keseluruhan kemampanan serta kedudukan kewangan PTPTN untuk mengkaji semula kadar pinjaman. KPT melalui IPT masing-masing turut peka dan menyediakan bantuan- bantuan sewajarnya kepada pelajar-pelajar yang berkeperluan dan menghadapi sebarang kesukaran sepanjang pengajian.

Pada masa sama, hutang keseluruhan PTPTN telah mencecah RM40 bilion dan hutang tertunggak sebanyak RM11 bilion setakat ini. Dalam hal ini, PTPTN terus membantu peminjam untuk menyelesaikan hutang melalui rundingan bagi pembayaran balik yang lebih fleksibel tanpa membebankan peminjam melalui pelbagai cara dan kaedah.

Pendekatan penuh empati dilaksana PTPTN ini adalah bagi memastikan semua ruang diberikan kepada peminjam dan selari dengan nilai teras Malaysia MADANI iaitu Ihsan. Ini juga bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan, dan relevan untuk generasi akan datang.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
11 April 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - KPT Sambut Baik Cadangan PM Untuk Kaji Semula Kadar Pinjaman dan Terma Pembayaran Balik PTPTN(460 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5640
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim