English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

KPT SAMBUT BAIK PEMBENTANGAN RMK13: KOMITED PERKASA
PENDIDIKAN TINGGI NEGARA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang telah menggariskan hala tuju pembangunan negara berteraskan kerangka Malaysia MADANI untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pembentangan RMK13 secara jelas menyentuh keperluan pembangunan modal insan holistik, pengukuhan sistem pendidikan tinggi, serta penerapan nilai-nilai MADANI dalam membina negara bangsa yang berdaya saing, progresif dan inklusif. Beberapa inisiatif yang diumumkan turut melibatkan sektor pendidikan tinggi, termasuk pemerkasaan TVET, digitalisasi pembelajaran, pengantarabangsaan universiti serta pembangunan penyelidikan berimpak tinggi.

Sebagai peneraju utama dalam memacu pendidikan tinggi negara, KPT komited untuk melaksanakan peranan secara menyeluruh dalam menjayakan matlamat RMK13. Kementerian akan mempergiat usaha bagi:

i. Memperkukuh tadbir urus;
ii. Merasionalisasi fungsi dan peranan institusi pendidikan;
iii. Mempertingkatkan keberhasilan pendidikan;
iv. Memantapkan kompetensi dan kecekapan warga pendidik;
v. Menambah baik pelaburan pendidikan;
vi. Memperkasa pembelajaran sepanjang hayat; dan
vii. Memperkukuh ekosistem TVET.

Seiring dengan teras Malaysia MADANI, KPT akan terus melaksanakan dasar dan inisiatif berpaksikan nilai murni dan keperluan rakyat. Pendidikan tinggi bukan sahaja pemacu ekonomi, tetapi juga tunjang pembinaan masyarakat berilmu dan beretika tinggi.

KPT menyeru semua pihak sama ada institusi pendidikan tinggi, agensi, industri dan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan RMK13 demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
31 JULAI 2025

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - KPT Sambut Baik Pembentangan RMK13: Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Negara(82 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4762
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 September 2025, 04:30:59.

sirim-logo