English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)
SECARA DALAM TALIAN / HIBRID SEMPENA SAMBUTAN
PERAYAAN DEEPAVALI 2026


Bersempena sambutan perayaan Deepavali pada 8 November 2026 (Ahad), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberikan kemudahan pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid kepada pelajar serta tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), meliputi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kemudahan ini akan berkuat kuasa mulai 5 November 2026 (Khamis) hingga 13 November 2026 (Jumaat) bagi memberi ruang kepada pelajar dan tenaga pengajar yang meraikan Deepavali untuk pulang ke kampung halaman serta meluangkan masa bersama keluarga.

Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan KPT terhadap kebajikan warga pendidikan tinggi, di samping meraikan kepelbagaian budaya dan agama yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

KPT turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2026 kepada seluruh pelajar, tenaga akademik, warga KPT serta rakyat Malaysia yang beragama Hindu.

Semoga perayaan Pesta Cahaya ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan kepada semua.

“Deepavali Nal Valthukal”

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
30 OKTOBER 2026

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Secara Dalam Talian / Hibrid Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2026(169 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 142
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 30 October 2026, 08:31:02.

sirim-logo