English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

STATUS PELAJAR MALAYSIA DI PERANCIS


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Pejabat Atase Pendidikan Paris, dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), Kedutaan Besar Malaysia di Paris dan agensi penaja, sentiasa memantau perkembangan semasa bagi memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia di Perancis terpelihara.

Sehingga kini, seramai 462 orang pelajar Malaysia sedang melanjutkan pengajian di Perancis dan tiada laporan diterima mengenai pelajar yang terlibat atau terjejas secara langsung akibat demonstrasi dan rusuhan yang berlaku di beberapa bandar utama, termasuk Paris, manakala aktiviti pengajian diteruskan seperti biasa dengan institusi di kawasan terjejas melaksanakan pembelajaran dalam talian.

Pelajar Malaysia di Perancis dinasihatkan supaya mengelakkan kawasan terjejas, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti makluman rasmi, manakala pelajar Malaysia di negara-negara Eropah turut dinasihatkan menangguhkan perjalanan ke Perancis sehingga keadaan kembali terkawal.

KPT akan terus memantau perkembangan semasa dan bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan pelajar Malaysia terpelihara, selain meminta ibu bapa dan keluarga supaya bertenang, merujuk sumber rasmi serta memastikan pelajar mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh Pejabat Atase Pendidikan Paris dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
21 OKTOBER 2026

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media – Status Pelajar Malaysia di Perancis(158 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 91
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 21 October 2026, 12:51:08.

sirim-logo