KENYATAAN MEDIA
INSIDEN LETUPAN: ASPEK KESELAMATAN DI KAMPUS JADI KEUTAMAAN
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan ucapan takziah dan dukacita kepada keluarga seorang mangsa yang maut serta sembilan (9) orang lagi yang cedera, termasuk empat (4) orang pelajar dalam insiden letupan ketika kerja penyelenggaraan sistem pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara pagi tadi.
KPT memandang serius insiden tersebut dan sebagai tindakan susulan, Kementerian telah mengarahkan pihak universiti terlibat untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan segera ke atas semua kemudahan kampus, memastikan kawasan terjejas disahkan selamat oleh pihak berkuasa sebelum digunakan, serta menyediakan sokongan kebajikan termasuk perubatan dan psikososial kepada semua mangsa yang terlibat.
Dalam masa yang sama, KPT menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan warga di semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sentiasa terjamin melalui pematuhan standard keselamatan, penyelenggaraan berkala serta kerjasama dengan agensi berkaitan.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut, dan sebarang maklumat terkini berkaitan kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KPT akan terus memantau perkembangan insiden tersebut dan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan demi memastikan persekitaran kampus yang selamat dan kondusif supaya kesejahteraan warga pendidikan tinggi terus terjamin.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
12 JANUARI 2026
Muat Turun:
pdf Kenyataan Media - Insiden Letupan: Aspek Keselamatan Di Kampus Jadi Keutamaan(146 KB)
- Last updated on .
- Hits: 1286