English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

PROGRAM JERAYAWARA PENDIDIKAN TINGGI, KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI 2026 (JMU 2026) BERMULA 29 JANUARI NANTI


Sukacita dimaklumkan bahawa program jerayawara pendidikan tinggi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) bakal memulakan siri jelajah ke sepuluh (10) zon di seluruh Malaysia bermula 29 Januari hingga 26 April 2026.

JMU 2026 bertemakan ‘DreamX: Inspiring Your Next Step’ merupakan inisiatif KPT bagi memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan maklumat kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selain menggalakkan pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Di samping itu, penganjuran JMU 2026 juga bertujuan untuk mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan oleh IPT di bawah KPT yang merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) serta penglibatan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT). JMU 2026 menyasarkan kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma/Setaraf.

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JMU 2026 berlangsung antaranya pameran, sesi konsultasi UPUOnline®, konsultasi penajaan/ biasiswa/ pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi, terjah reruai IPT, cabutan bertuah, campus tour, persembahan pelajar, aktiviti bersama alumni, ruang interaktif, aktiviti keusahawanan, penstriman langsung media sosial dan banyak lagi.

KPT menjemput semua pihak khususnya pelajar, ibu bapa, penjaga, guru, kaunselor dan orang awam agar turut serta dalam JMU 2026 dan mengucapkan selamat maju jaya bagi pemohon UPUOnline® Sesi Akademik 2026/2027.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Facebook & Instagram: BKPA UPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
15 JANUARI 2026

SENARAI SEPULUH (10) ZON
KARNIVAL JOM MASUK UNIVERSITI 2025 (JMU 2026)
BERMULA 29 JANUARI HINGGA 26 APRIL 2026

 2026 01 15 Karnival JMU 2026

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - Program Jerayawara Pendidikan Tinggi, Karnival Jom Masuk Universiti 2026 (JMU 2026) Bermula 29 Januari Nanti(490 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 2396
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 23 January 2026, 09:07:53.

sirim-logo