English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

INSIDEN KEMATIAN PENUNTUT UNIVERSITI; KPT KOMITED
PASTIKAN PERSEKITARAN SELAMAT, KONDUSIF UNTUK
KESEJAHTERAAN WARGA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menzahirkan rasa dukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga penuntut sebuah universiti di Cyberjaya yang dilaporkan meninggal dunia pada pagi kelmarin.

KPT sedang menunggu laporan penuh hasil siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkaitan. Sehubungan itu, pihak KPT menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan sensitiviti pihak yang terlibat.

Sebagai langkah berterusan dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kebajikan pelajar, KPT ingin mengingatkan semua Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/ IPTS) agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing.

Ini penting bagi memastikan tahap keselamatan dan kebajikan pelajar sentiasa berada pada tahap tertinggi. Pematuhan ini juga adalah penting bagi memastikan perlindungan menyeluruh terhadap pelajar yang berada di bawah tanggungjawab universiti.

KPT juga sentiasa komited untuk terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan dalam memastikan setiap IPT kekal sebagai persekitaran yang selamat, kondusif dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan para pelajar.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
26 Jun 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Insiden Kematian Penuntut Universiti; KPT Komited Pastikan Persekitaran Selamat, Kondusif Untuk Kesejahteraan Warga(108 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 2391
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo