English translation not available for this content.

logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SERAMAI 150,557 CALON LEPASAN SPM DITAWAR TEMPAT KE IPTA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) meliputi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) menerusi UPUOnline®.

Pada tahun ini, KPT telah menerima 223,624 permohonan yang layak bagi lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian menerusi UPUOnline®. Seramai 150,557 calon (67.33%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian.

Daripada jumlah tersebut, seramai 86,589 calon ditawarkan di UA, 42,058 calon ditawarkan di Politeknik, 20,427 Kolej Komuniti dan 1,483 di MARA BPT.

Tawaran Laluan Khas secara keseluruhan adalah sebanyak 17,693 dengan pecahan tawaran iaitu 16,189 bagi Kategori B40, 590 Orang Kurang Upaya (OKU), 593 Atlet dan 321 Orang Asli. Selain itu, seramai 43 calon lepasan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mendapat tawaran.

Secara keseluruhannya, sebanyak 349 program pengajian telah ditawarkan bagi sesi kali ini dengan pecahan 41 Sijil, 55 Asasi, 252 Diploma dan 1 Ijazah Sarjana Muda. Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline® dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 16 Jun 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 25 Jun 2025, jam
5.00 petang.

Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya.

Kementerian Pendidikan Tinggi
16 Jun 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyatan Media - Seramai 150,557 Calon Lepasan SPM Ditawar Tempat Ke IPTA(138 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 4167
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 15 July 2025, 07:22:36.

sirim-logo