YB Timbalan Menteri Rasmi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Daerah Kota Kinabalu
English translation not available for this content.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menyempurnakan perasmian Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 Daerah Kota Kinabalu pagi tadi.
Diadakan di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), seramai 1,000 pelajar politeknik itu bersama kira-kira 60 orang warga komuniti Parlimen Sepanggar telah hadir memeriahkan program tersebut.
Program tersebut yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 itu telah diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya senamrobik, Digital Race, permainan tradisional, pameran daripada agensi-agensi, jualan usahawan komuniti dan Pertandingan Bintang Patriotik.
- Last updated on .
- Hits: 1033