Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX)

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke CelcomDigi AI Experience Centre (AiX)
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud mengadakan lawatan kerjanya ke CelcomDigi Hub, sebuah syarikat telekomunikasi gergasi di sini pagi tadi.

Disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Albern Murty, beliau dibawa meninjau ke pusat pengalaman AI mereka sendiri yang dinamakan CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) di bangunan tersebut.

AiX merupakan sebuah hab inovasi dan kolaborasi sehenti yang imersif untuk meneraju, menginspirasi dan memacu penciptaan penyelesaian digital bertaraf dunia meliputi pelbagai sektor yang berperanan sebagai titik tumpuan untuk kerjasama merentas industri yang memanfaatkan teknologi baharu seperti 5G, Kecerdasan Buatan (AI), Realiti Lanjutan, Robotik, Analitik dan Metaverse.

YB Timbalan Menteri berkata, keupayaan CelcomDigi ini dilihat mampu merangsang transformasi digital dan memastikan manfaat 5G, AI serta teknologi baru yang lain dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, khususnya para pelajar institusi pendidikan tinggi negara.

Pusat AiX ini dibangunkan bersama-sama gabungan tenaga serta kepakaran 40 syarikat teknologi global dan sebagai permulaan, terdapat 45 penyelesaian yang dipamerkan dalam ‘bent’ simulasi.

Ia terdiri daripada beberapa bahagian seperti bilik ‘The Infinity’ yang memperlihatkan tayangan projektor di tiga sisi bilik yang memperlihatkan contoh-contoh teknologi 5G dan kecerdasan buatan yang boleh diperlihatkan di AiX.

Seterusnya, YB Timbalan Menteri dibawa meninjau ke ruangan ‘The Gallery’ yang merupakan ruang pameran teknologi-teknologi 5G dan kecerdasan buatan yang bukan sahaja diperlihatkan sebagai contoh teknologi yang boleh digunakan, tetapi juga teknologi yang telah pun diimplementasi di beberapa kawasan di mana rangkaian 5G digunakan.

Simulasi-simulasi ini memaparkan potensi rangkaian teknologi dan robotik yang dikuasakan oleh 5G dan AI di dalam lapan (😎 sektor seperti pembuatan, logistik, tenaga, pengangkutan, pelabuhan, penjagaan kesihatan, pendidikan dan teknologi pertanian.

Hadir sama, menyaksikan sendiri aplikasi praktikal AI adalah beberapa Naib Canselor universiti awam Malaysia. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1211
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 11 October 2024, 07:37:56.

sirim-logo