TKSU (Pengurusan & Pembangunan) Kongsi Pengalaman & Kepakaran Urus Organisasi

TKSU (Pengurusan & Pembangunan) Kongsi Pengalaman & Kepakaran Urus Organisasi
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir telah menjayakan sesi forum yang membincangkan reputasi dan integriti organisasi di dalam sebuah sesi forum bersama warga kerja universiti itu di sini pagi tadi.

Forum bertajuk "Peranan Ketua Jabatan Dalam Memelihara Reputasi dan Integriti Organisasi: Cabaran dan Saranan" telah dihadiri oleh lebih 200 orang warga UMK yang bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan akan peranan Ketua Jabatan dalam memelihara reputasi dan integriti organisasi.

Selain YBhg. Datuk Mohamad Azhan, ahli panel turut dibarisi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK yang turut menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Arham Abdullah; serta Pendaftar, Khairul Eruwan Abdul Halim, manakala, Ketua Unit Intergriti UMK, Adni Abu Hassan Sha’ari selaku moderator.

Forum ini juga bertindak sebagai platform perkongsian oleh panel berpengalaman yang berkongsi cabaran yang dihadapi dan cadangan untuk mengatasinya serta kepentingan langkah proaktif.

Malah, ia menjadi wahana dalam menyampaikan maklumat yang tepat mengenai kepimpinan beretika, penambahbaikan berterusan dalam menjamin ketelusan, akauntabiliti serta tadbir urus yang berintegriti tinggi bagi memastikan kecemerlangan universiti tersebut.

Hadir sama Naib Canselor UMK, Dato' Prof. Dr. Razli Che Razak; serta Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UMK, Prof. Dr. Mohammad Ismail. 

  • Last updated on .
  • Hits: 525
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 11 October 2024, 07:37:56.

sirim-logo