YB Menteri Turun Padang Tinjau Sesi Pendaftaran Pelajar Baharu UM
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada pagi tadi telah meninjau proses pendaftaran 6,376 orang pelajar Sarjana Muda baharu Universiti Malaya (UM) bagi Sesi Akademik 2025/2026.
Beliau dalam lawatannya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang kini menjadi sebahagian daripada Institusi Pendidikan Tinggi utama negara itu.
YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry juga menyeru para pelajar agar memberikan sepenuh tumpuan kepada pengajian serta berusaha mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.
Proses pendaftaran dilaporkan berjalan dengan lancar dan sistematik, dengan para pelajar baharu melahirkan rasa teruja kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki ke universiti, di samping bersemangat untuk bertemu rakan-rakan baharu daripada pelbagai latar belakang.
Selain itu, Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata, para pengurusan UM turut bertekad untuk memastikan pengalaman para pelajar di kampus itu bukan sahaja bermakna, tetapi juga menyeronokkan.
Malah, para mahasiswa juga diseru agar berani mencabar diri dan menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan.
- Last updated on .
- Hits: 346