YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia

YB Menteri Pendidikan Tinggi Serah Surat Pelantikan Semula Timbalan Naib Canselor (Akademik Dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan surat pelantikan semula kepada YBhg. Dato’ Prof. Gs. Dr. Narimah binti Samat sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Sains Malaysia (USM) di pejabatnya pada petang tadi. Pelantikan semula ini adalah berkuat kuasa mulai 13 Mei 2024.

YBhg. Dato’ Prof. Gs. Dr. Narimah binti Samat merupakan graduan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Matematik dari Southwest Texas State University, Amerika Syarikat pada tahun 1990 sebelum melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana dalam bidang GIS, Penderiaan Jarak Jauh (Remote Sensing) dan Permodelan Guna Tanah Bandar pada tahun 1995 dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama pada tahun 2002 di USM.

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang akademik sebagai seorang pensyarah di USM pada tahun 1995 dan sejak itu minat penyelidikan utama beliau adalah tertumpu kepada aplikasi GIS dan permodelan guna tanah bandar. Beliau kini adalah merupakan seorang Geospatial Profesional (Gs) dan sehingga kini, beliau telah menyiapkan lebih daripada 45 projek penyelidikan berkaitan GIS yang digunapakai dalam pelbagai bidang khususnya bidang perancangan dan permodelan guna tanah bandar.

Turut hadir sama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 679
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.