Pertemuan Menteri Pendidikan Tinggi Dengan Duta Besar Qatar Sebelum Memulakan Lawatan Rasmi Ke Qatar

Pertemuan Menteri Pendidikan Tinggi Dengan Duta Besar Qatar Sebelum Memulakan Lawatan Rasmi Ke Qatar
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada petang ini telah mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Qatar ke Malaysia, TYT Salah Mohammed Abdullah Busiol Al-Sorour.

Semasa sesi pertemuan ini, YB Menteri telah menyatakan hasrat bahawa beliau akan turut menyertai lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Qatar dalam masa terdekat dan turut menyatakan harapan beliau agar lawatan rasmi ini dapat membuahkan hasil serta memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.

Selain itu, YB Menteri juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan bersama TYT Buthaina bint Ali Al Jabr Al Nuaimi, Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar serta pihak Qatar Research Development and Innovation Council bagi membincangkan prospek kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi yang boleh diterokai antara kedua-dua negara terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Beliau juga berharap agar dapat mengadakan pertemuan bersama dengan pihak Qatar Fund untuk membincangkan bantuan dalam bentuk pendidikan yang boleh diberikan kepada pelarian Rohingya dan Afghanistan.

Turut hadir di pihak KPT ialah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 766
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo