Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Kyrgyz Ke Malaysia Pertingkat Potensi Kolaborasi Pendidikan Tinggi Antara Kedua Negara

Kunjungan Hormat Duta Besar Republik Kyrgyz Ke Malaysia Pertingkat Potensi Kolaborasi Pendidikan Tinggi Antara Kedua Negara
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir berbesar hati telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Kyrgyz ke Malaysia, TYT Anvar Anarbaev pada petang ini.

Semasa sesi pertemuan ini, YB Menteri menyatakan bahawa beliau akan turut menyertai lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Republik Kyrgyz dalam masa terdekat serta berharap agar lawatan rasmi ini dapat mempertingkatkan hubungan dua hala dan memberikan manfaat kepada kedua-dua buah negara.

Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara ke dua buah negara dalam sektor pendidikan tinggi dalam masa terdekat ini.

Antara perkara lain yang turut dibincangkan ialah pembukaan kampus cawangan di Kyrgyz dan kerjasama di antara institusi pendidikan tinggi kedua-dua negara.

Turut hadir di pihak KPT ialah Ketua Setiausaha, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 647
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 June 2024, 11:05:30.