Warga KPT Diseru Terus Perkukuh Tekad Sebagai Satu Pasukan Capai Matlamat Tahun 2024 Kementerian

Warga KPT Diseru Terus Perkukuh Tekad Sebagai Satu Pasukan Capai Matlamat Tahun 2024 Kementerian
English translation not available for this content.

"Kita perkukuhkan tekad kita sebagai satu pasukan, kita bina pasukan kita yang lebih mantap untuk kita mencapai matlamat kita bagi tahun 2024 ini, dan seterusnya ke hadapan untuk tahun-tahun berikutnya".

Ungkap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir kepada seluruh warga kementerian sempena majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 di sini pagi tadi.

Pada majlis tersebut, beliau merakamkan penghargaannya atas usaha warga KPT yang telah bergerak sebagai satu pasukan dalam menjayakan gagasan 5 fokus dan 20 landasan yang telah beliau gariskan pada Januari lalu.

"Alhamdulillah, dalam tempoh enam (6) bulan ini, visibility (keterserlahan) KPT itu dilihat, dan gerak kerja KPT itu dilihat, dinilai, kerana keberkatan yang kita bina itu berdasarkan teamwork (berpasukan)," jelas beliau.

Hasilnya, KPT terus cemerlang dengan menjadi antara kementerian contoh yang terkedepan dalam merumuskan penyelesaian nasional; mengangkat nama negara ke pentas antarabangsa; serta menjadi katalis dalam pembentukan dasar dan hala tuju negara.

Apabila menyentuh isu rakyat, YB Menteri menjelaskan bahawa pendekatan baharu iaitu kerjasama antara KPT dengan kementerian-kementerian lain telah dapat merintis jalan penyelesaian bagi beberapa isu semasa antaranya pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM); Parallel Pathway; dan kebolehpasaran graduan.

Malah, penganjuran My AI Nexus 2024 oleh Universiti Teknologi Malaysia tempohari serta Nexus Sekuriti Makanan 2024 oleh Universiti Putra Malaysia pada minggu hadapan, juga membuktikan pentingnya peranan KPT dalam menyumbang kepakaran dan idea kepada pembentukan dasar dan ekonomi negara.

Malah, beberapa siri kunjungan ke negara-negara luar dan persidangan antarabangsa turut membuktikan pengiktirafan yang diterima KPT terhadap sektor pendidikan tinggi tempatan yang dianggap antara model yang terbaik dan memiliki ramai pakar yang dihormati.

Majlis pagi tadi telah dimulakan dengan sesi perkongsian ilmu bertajuk “Mencegah dan Merawat Penyakit Mental : Pendekatan MADANI” oleh Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar.

Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang serta seluruh pengurusan tertinggi KPT, jabatan, dan agensi. 

{gallery}hebahan/sorotan_aktiviti/2024/05/2024-05-31-YBM-KPT/gallery}
  • Last updated on .
  • Hits: 1262
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo