Kunjungan Hormat Duta Besar Mongolia Ke Malaysia Perkukuh Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Dan Hubungan Dua Hala Antara Kedua Negara

Kunjungan Hormat Duta Besar Mongolia Ke Malaysia Perkukuh Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Dan Hubungan Dua Hala Antara Kedua Negara
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menerima kunjungan hormat daripada H.E Tumur Amarsanaa, Duta Besar Mongolia ke Malaysia bersama delegasinya di Putrajaya hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia dan Mongolia serta cadangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai hubungan dua hala dan pengukuhan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara IPT di Malaysia dan Mongolia terutamanya dalam aspek akreditasi dan pertukaran pelajar.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato’ Haji Shushili Shuib; Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Zam Zam Mohd Walid; dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Hubungan Antarabangsa, Puan Hani Halimahtun Othman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1085
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo