IPT Tempatan Komited Perluas Kolaborasi Dalam Memperkasa Bahasa Melayu Bersama IPT Rusia

IPT Tempatan Komited Perluas Kolaborasi Dalam Memperkasa Bahasa Melayu Bersama IPT Rusia
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) [TKSUD], Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan delegasi meneruskan lagi lawatan kerjanya ke Rusia dengan mengadakan perjumpaan bersama pensyarah dan pelajar Rusia yang mengikuti pengajian Bahasa Melayu di Institute of Asian and African Countries, Lomonosov Moscow State University.

Beliau juga telah diberikan penjelasan daripada pelajar-pelajar berkenaan mengenai minat dan bagaimana mereka memohon pengajian Bahasa Melayu di institut tersebut serta perancangan mereka untuk lebih mendalami bahasa Melayu.

Perjumpaan selama dua jam yang turut menggunakan Bahasa Melayu itu juga membincangkan kaedah pengajaran dan cabaran untuk mendapatkan bahan bacaan terkini serta peluang kerjasama baharu dengan universiti awam di Malaysia.

Wakil-wakil dari UPM, UKM dan UIAM turut menyatakan minat untuk menjalinkan kolaborasi bersama institut tersebut.

Dato’ TKSUD turut menyatakan komitmen beliau bagi membantu institut tersebut supaya Bahasa Melayu dapat dimartabatkan dalam kalangan pelajar Rusia dengan lebih luas. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1014
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo