TKSU Dasar Ketuai Delegasi KPT Ke Mesyuarat Kumpulan Kerja Pendidikan, Sains Dan Teknologi Bersama Kementerian Sains Dan Pendidikan Tinggi Rusia

TKSU Dasar Ketuai Delegasi KPT Ke Mesyuarat Kumpulan Kerja Pendidikan, Sains Dan Teknologi Bersama Kementerian Sains Dan Pendidikan Tinggi Rusia
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah mengetuai delegasi KPT ke Mesyuarat Kumpulan Kerja Pendidikan, Sains dan Teknologi yang diadakan di Moscow.

Mesyuarat ini susulan penubuhan kumpulan kerja Pendidikan, Sains dan Teknologi semasa Mesyuarat Kedua JC-ESTC yang telah diadakan pada 8 hingga 10 November 2023 di Kuala Lumpur.

Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan secara bersama dengan Timbalan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Rusia, Airat Gatiyatov dan turut dihadiri oleh universiti dan agensi kedua-dua negara.

Di pihak Malaysia, selain delegasi KPT, turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI), USM, UPM, UKM, UTM dan UIAM.

Beliau telah memberi penekanan mengenai peranan KPT untuk meningkatkan bilangan pelajar di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi (IPT) masing-masing; merintis jalinan kerjasama organisasi yang terlibat dalam bidang saintifik dan pendidikan; serta memperhebat promosi Bahasa Melayu dan Rusia dalam kalangan mahasiswa serta IPT masing-masing.

Pihak Rusia juga berharap agar kerjasama bersama pihak Malaysia akan berterusan bagi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Mesyuarat ‘Technical Consultation’ yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, Datin Noorazah Omar sehari sebelum mesyuarat kumpulan kerja ini juga telah membincangkan 29 bidang kerjasama sedia ada serta baharu dalam bidang Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi antara Malaysia dan Rusia. 

  • Last updated on .
  • Hits: 374
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo