USM, UniSZA dan USIM Jalin Kerjasama Strategik Dengan IPT UK

USM, UniSZA dan USIM Jalin Kerjasama Strategik Dengan IPT UK
English translation not available for this content.

Usai menghadiri EWF 2023, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KSU KPT), YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan tiga (3) buah Universiti Awam (UA) Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan 3 Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di sini.

MoU tersebut telah ditandatangani antara USM dengan University of Exeter; UniSZA dengan Royal Asiatic Society; serta USIM dengan University of Gloucestershire.

Ketiga-tiga MoU tersebut adalah kesediaan kesemua IPT yang terlibat untuk mewujud dan seterusnya memperkukuh jalinan kerjasama yang terjalin meliputi pelbagai aspek dalam pendidikan tinggi antara kedua-dua negara.

Ini termasuk penyelidikan dan inovasi; TVET; mobiliti pelajar dan akademia; pembangunan bakat berkemahiran; STEM; penawaran biasiswa; serta pemindahan kredit dan akreditasi.

Hadir menandatangani MoU dengan rakan strategik masing-masing ialah Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dr. Fadzli Adam; Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani; serta Naib Canselor USM yang diwakili oleh Pengarah Pejabat Pengurusan dan Kreativiti Penyelidikan (RCMO) USM, YBhg. Prof. Dr. Zainovia Lockman.

  • Last updated on .
  • Hits: 1984
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 20 June 2024, 11:05:30.