UMS, Model IPT Yang Terbukti Wujudkan Persekitaran Kerja Selamat Dan Sihat

UMS, Model IPT Yang Terbukti Wujudkan Persekitaran Kerja Selamat Dan Sihat
English translation not available for this content.

Sementara di UMS, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud turut telah merasmikan Sambutan Hari OSH Sedunia dan Penutupan Minggu OSH peringkat UMS bagi tahun 2024.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan UMS merupakan model IPT yang terbukti telah mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Usaha gigih pihak pengurusan UMS dengan kerjasama semua warganya telah meningkatkan kesedaran berkenaan kepentingan KKP dalam aktiviti seharian.

Ia bukan sahaja dilaksanakan oleh kakitangan sahaja, malahan dengan penglibatan pelajar dalam penganjuran program dan aktiviti KKP seperti Forum Keselamatan Jalan Raya “E-Hailing Jom Ambil Tahu” dan program-program Webinar yang dijalankan sepanjang minggu OSH UMS sekali gus memberikan pendedahan dan latihan kepada mereka sebagai bakal pekerja.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada UMS atas pencapaian yang cemerlang dalam pengurusan KKP sehingga dinobatkan sebagai pemenang anugerah KKP Negara bagi kategori IPT dan sekali gus merangkul kategori CEO.

Beliau berharap pencapaian UMS ini akan memberi inspirasi dan menjadi contoh kepada IPTA dan IPTS yang lain di Negeri Sabah serta terus maju dan cemerlang setanding dengan pemain industri KKP di peringkat nasional, juga antarabangsa

Turut hadir, Naib Canselor UMS, YBhg. Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Pegawai-pegawai Utama dan Kanan UMS, Pengarah Pusat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMS, Prof. Dr. Khamisah Awang Lukman. 

  • Last updated on .
  • Hits: 391
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.