UKM Pakarunding Bukti Sumbangan Penyelidik IPT PACU Pembangunan Negara

UKM Pakarunding Bukti Sumbangan Penyelidik IPT PACU Pembangunan Negara
English translation not available for this content.

Kearifan dan keilmuan para penyelidik Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan perlu sentiasa diberi galakan agar kecemerlangan mereka mampu menyumbang kepada pembangunan negara melalui peranan sebagai seorang pakar perunding.

Galakan tersebut perlu diperkasakan melalui aktiviti penyelidikan, pembudayaan inovasi, dukungan dana, serta kolaborasi bersama industri dan juga masyarakat.

Malam tadi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah merasmikan Malam Gala Perundingan: UKM Pakarunding 2024 yang turut dihadiri Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dato' Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman.

Mengambil inisiatif kepakaran para penyelidiknya, UKM melalui syarikat perundingannya, UKM Pakarunding Sdn. Bhd. (UKMP) telah menawarkan perkhidmatan perundingan yang berkualiti dan berimpak tinggi melibatkan pelbagai pembangunan projek mega negara.

Menyambut ulang tahun ke-45 penubuhannya tahun ini, UKMP berjaya menjadi penghubung untuk segala bentuk keperluan dan isu dengan menawarkan solusi yang dihasilkan melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi ahli akademik tempatan.

Majlis malam tadi juga turut meraikan para perunding serta syarikat yang telah memberikan sumbangan yang berimpak tinggi kepada negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 530
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.