Pemerkasaan Keusahawanan Sosial Golongan Belia Jadi Topik Persidangan Asiaengage 2024

Pemerkasaan Keusahawanan Sosial Golongan Belia Jadi Topik Persidangan Asiaengage 2024
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah merasmikan Persidangan Serantau AsiaEngage 2024 (AE 2024) yang membincangkan perihal keusahawanan sosial tempatan dan juga rantau Asia Tenggara di sini pagi tadi.

Penganjuran kali keenam persidangan dwi-tahunan tersebut pada kali ini memilih tema ‘Keusahawanan Sosial dalam Kalangan Belia untuk Pertumbuhan Mampan Komuniti ASEAN dan Serantau’ yang melibatkan penyertaan 250 orang peserta dari lapan ( buah negara ASEAN.

"AE 2024 mensasarkan untuk meneroka peluang perkongsian yang bermanfaat melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuklah Institusi Pendidikan Tinggi; industri; yayasan; komuniti; pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat di seluruh

ASEAN dan Asia," jelas YB Timbalan Menteri.

AE 2024 dianjurkan oleh Sekretariat Tetap ASEAN University Network Thematic Network for University Social Responsibility & Sustainability (AUN USR&S) yang berpusat di Pusat Jaringan Industri dan Komuniti (I-KOM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

  • Last updated on .
  • Hits: 564
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.