Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 Tingkat Tatakelola Dan Integriti Perkhidmatan Awam

Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 Tingkat Tatakelola Dan Integriti Perkhidmatan Awam
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir ke majlis peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim di sini pagi tadi.

Diterajui oleh Suruhanhaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta melibatkan agensi dan badan kerajaan lain, NACS 2024-2028 telah diterbitkan bagi menggantikan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023.

NACS yang baharu ini merupakan komponen penting agenda reformasi kerajaan yang menggariskan strategi-strategi teras secara menyeluruh dalam usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Malah ia disasarkan sebagai satu daripada usaha meningkatkan tatakelola dan integriti dalam perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.

Menurut YAB Perdana Menteri, "rasuah tidak boleh dipandang ringan dan semua pihak termasuk masyarakat awam perlu memainkan peranan membanteras permasalahan itu". 

  • Last updated on .
  • Hits: 948
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.