Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Menyantuni Warga KKSDK

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Menyantuni Warga KKSDK
English translation not available for this content.

YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud sekali lagi mengadakan lawatan kerja ke Kolej Komuniti Sandakan (KKSDK) hari ini.

Beliau yang telah disambut oleh warga KKDSK yang diketuai Pengarahnya, Rudiansah Nonche dibawa melawat ke bilik makmal dan bilik kuliah sambil melihat penyampaian sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) oleh pensyarah kursus program Sijil Teknologi Elektrik (SKE) dan program Sijil Pengembaraan Pelancongan (SPL).

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan ucapan motivasi kepada pelajar KKSDK dan berharap semua pelajar berjaya dalam bidang yang diceburi.

Sesi lawatan kerja YB Timbalan Menteri diakhiri dengan sesi perbincangan bersama warga PolyCC Zon Sabah yang hadir. 

  • Last updated on .
  • Hits: 276
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.