iREX 2024 Peneraju Ekosistem Penyelidikan Dan Inovasi

iREX 2024 Peneraju Ekosistem Penyelidikan Dan Inovasi
English translation not available for this content.

"Politeknik Sandakan Sabah mampu menyumbang untuk membantu masyarakat sekitar dengan hasil penyelidikan dan inovasi yang hebat"

Demikian kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud semasa merasmikan Ekspo Kerjaya TVET 1.0 Politeknik Sandakan Sabah semalam yang turut dihadiri lebih 500 pengunjung termasuk pelajar sekolah dan rakan industri.

Dalam pada itu, YB Timbalan Menteri percaya program seumpama ini mampu mengasah dan memperkembangkan potensi para pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

STEM mampu memupuk minat bagi para pelajar sekolah yang berkunjung ke pameran Innovation & Research Exhibition (iReX 2024) sekaligus menyumbang ke arah ekosistem penyelidikan dan inovasi.

Jelasnya, iReX 2024 sewajarnya dijadikan sebagai sambutan tahunan dan berharap memberi impak kepada masyarakat setempat berdasarkan sambutan yang sangat mengalakkan.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah merangkap Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah, Mohd Sani Said; Pengarah PERKESO Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia; Pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah dan; pensyarah-pensyarah Politeknik. 

  • Last updated on .
  • Hits: 640
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 18 June 2024, 16:17:02.