KSU Buat Lawatan Ke UIAM Kampus Gombak

KSU Buat Lawatan Ke UIAM Kampus Gombak
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah membuat lawatan ringkas ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak semalam sempena menghadiri Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kewangan UIAM.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi, Ahli Lembaga Gabenor UIAM telah membuat kunjungan ke beberapa Jabatan, Kulliyyah dan Mahallah, termasuklah Galeri UIAM, IIUM Academy, Kulliyyah Kejuruteraan dan Mahallah Aminah.

YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini turut melawat "Smart Class Room" dan "Center for Unmanned Technologies (CUTe)" untuk melihat alatan dan teknologi Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang terletak di Kulliyyah Kejuruteraan UIAM.

Sebelum mengakhiri lawatannya, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini singgah ke "IIUM Waqf Room" yang terletak di Mahallah Aminah yang merupakan sebuah projek wakaf sumbangan daripada individu dan juga organisasi bagi menaik taraf bilik penginapan pelajar.

Projek sulung ini menawarkan 128 katil kepada pelajar UIAM dan terletak di Blok F, Mahallah Aminah yang menawarkan persekitaran tempat tinggal dan belajar yang kondusif dengan konsep minimalis dan perabot baharu seakan di rumah sendiri.

Lebih menarik, para pelajar yang menghuni di bilik ini boleh tinggal di bilik yang sama sepanjang tempoh pengajian, tertakluk kepada terma dan syarat.

Hadir sama Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Kewangan yang juga Ahli Lembaga Gabenor UIAM, En.Abu Bakar @ Salleh bin Haji Jambol; dan Timbalan Rektor (Inovasi dan Kebertanggungjawaban Penyelidikan ) UIAM, Prof. Dr. Amir Akramin bin Shafie. 

  • Last updated on .
  • Hits: 302
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.