Selamat Pagi Malaysia @ RTM Bersiaran Di PICC, Raikan Kearifan Lokal
Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membawakan program Selamat Pagi Malaysia langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya bersempena Festival Idea Putrajaya (4-8 November 2025) siang tadi.
Siaran langsung yang berdurasi dua jam itu turut menampilkan beberapa jurucakap dari Kementerian Pendidikan Tinggi dimulakan dengan temubual bersama Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim dengan topik berkaitan penganjuran Festival Idea Putrajaya 2025.
Ia disusuli dengan beberapa pengurusan tertinggi Kementerian iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Shamsuri Abdullah yang masing-masing berkongsi mengenai ekosistem Kementerian dan usaha memastikan bakat terbaik negara dapat dibangunkan.
Segmen berkenaan turut menampilkan pelajar-pelajar dari UiTM dengan persembahan tarian. Turut berlangsung - demo ukiran ais daripada pelajar JPPKK.
Terima kasih RTM atas liputan yang diberikan!
- Last updated on .
- Hits: 339