Puisi Sebagai Medium Interaksi Meluahkan Pandangan Dan Pendapat

Puisi Sebagai Medium Interaksi Meluahkan Pandangan Dan Pendapat
English translation not available for this content.

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) meneruskan penganjuran Majlis Singgah Berpuisi dengan program turut melibatkan beberapa pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Acara yang menghimpunkan penulis, pemuisi dan pendeklamasi itu merupakan inisiatif bagi membudayakan satu interaksi yang berbeza menggunakan puisi sebagai medium untuk menyatakan hasrat, meluahkan pendapat dan pandangan dengan sopan serta tertib.

Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang yang merupakan penganjur bersama program ini turut menyampaikan puisi nukilannya sendiri di hadapan hampir 50 pemuisi dan penulis lain.

Turut mengambil bahagian dalam penyampaian puisi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Ahmad Dasuki Abdul Majid dan Ketua Komunikasi Korporat, Mohamad Hafizi Rosli.

Menurut Timbalan Presiden PENA, Mohd Khair Ngadiron, program sebegini penting untuk terus memartabatkan dan mengekalkan budaya berpuisi dalam kalangan masyarakat.

Program turut disertai persatuan-persatuan penulis, delegasi daripada Indonesia serta beberapa penggiat seni.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof. Dr. Harshita Aini Haroon dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Datin Noorazah Omar. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1513
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.