World #Quranhour 2024 @KPT

World #Quranhour 2024 @KPT
English translation not available for this content.

“Kesatuan & Transformasi Sosial” melalui surah Al-Jumu’ah telah dipilih sebagai tema pada tahun ini bagi program WORLD #QuranHour 2024 @KPT Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha merealisasikan dan memperkukuhkan gelombang gerakan Baca, Faham dan Amal Al-Quran dalam kalangan Masyarakat, khususnya warga KPT. Program ini telah dilaksanakan pada 4 April 2024 bersamaan 24 Ramadan 1445 yang lalu di Pusat Sumber KPT.

Penganjuran program ini juga adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber KPT sebagai tanda sokongan terhadap usaha mempromosikan budaya membaca Al-Quran yang dilaksanakan oleh sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan iaitu Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. WORLD #QuranHour juga merupakan kempen berimpak tinggi untuk mempromosikan budaya membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan solidariti bermula dari Malaysia merentasi budaya dan negara.

Antara pengisian program ini adalah Tazkirah Ramadan oleh Ustaz Wan Mohd. Nazif bin Wan Mahmud, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta sesi bacaan dan tadabbur surah Al-Jumu’ah secara beramai-ramai.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Encik Mohamad Azhan bin Md Amir; Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Khidmat Pengurusan KPT, Encik Fazli bin Said; dan SUB Bahagian Audit Dalam KPT, Encik Abid bin Abdul Jalil. 

  • Last updated on .
  • Hits: 861
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.