PTPTN Umum Dividen Simpan SSPN 3.60 Peratus

PTPTN Umum Dividen Simpan SSPN 3.60 Peratus
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2023 sebanyak 3.60 peratus iaitu 0.55% lebih tinggi berbanding tahun 2022.

Menurutnya, agihan dividen tersebut melibatkan peruntukan berjumlah RM357.65 juta yang akan memberi manfaat kepada 6.25 juta akaun, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.69 billion sejak Simpan SSPN diperkenalkan sejak 2004.

Angka tersebut turut menunjukkan kecekapan PTPTN dalam pengurusan dana simpanan dengan efektif berlandaskan tadbir urus yang cemerlang, berintegriti dan strategik bagi memastikan pulangan yang optimum diberikan kepada para pelanggan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di KPT tengah hari tadi bersama Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim; dan Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid. 

  • Last updated on .
  • Hits: 1549
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.