Pelancaran Buku Selected Works Dan Himpunan Karya Pilihan Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)

Pelancaran Buku Selected Works Dan Himpunan Karya Pilihan Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL)
English translation not available for this content.

Memasuki hari ke lima Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), bertempat di pentas Dewan Merdeka, WTCKL, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir merasmikan Pelancaran Buku Selected Works dan Himpunan Karya Pilihan.

Ia merupakan hasil karya kepada Penyandang Kursi Pemikiran Islam Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, iaitu pengasas dan pengarah pertama Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS) yang ditubuhkan pada 21 Februari 2011, berada di bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kedua-dua buku tersebut adalah himpunan makalah dan monograf yang disusun dalam satu kesatuan yang bermakna.

Mencerminkan suatu tradisi dalam dunia keilmuan dan kepengarangan Islam iaitu tradisi majmu‘at al-rasa’il (himpunan risalah), pelbagai tema diketengahkan dalam hasil karya ini merangkumi tema agama dan falsafah, sejarah dan pendidikan, pembangunan dan isu kenegaraan, ucapan-ucapan utama, ulasan buku, temuramah, prakata dan resensi buku.

Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ts Ahmad Fauzi Ismail; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Rosli Md. Illias; serta Timbalan Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia; Mohd Khair Ngadiron. 

  • Last updated on .
  • Hits: 446
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo