Majlis Perasmian Malaysia-Japan Industrial & Innovation Expo (MJIIX2024)

Majlis Perasmian Malaysia-Japan Industrial & Innovation Expo (MJIIX2024)
English translation not available for this content.

Usai lawatan kerja di Kelantan pagi tadi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir pula di Grand Banquet Hall, Residensi UTMKL bagi merasmikan Majlis Malaysia-Japan Industrial and Inovation Expo (MJIIX2024) di sini petang ini.

MJIIX 2024 merupakan satu ekspo yang memangkin kepada kemajuan dan transformasi melalui aktiviti seperti sesi perkongsian pengetahuan yang dipacu industri, pertandingan inovasi, Pameran Kerjaya Malaysia – Japan International Institute of Technology (MJIIT) yang sebagai platform dinamik bagi pertukaran pengetahuan, penjanaan idea dan pembinaan perkongsian.

Jelas YB Timbalan Menteri, salah satu tunjang utama acara ini ialah kerjasama antara industri dan universiti.

“Perkongsian ini adalah penting untuk memacu inovasi dan memajukan ekonomi kita. Dengan menghimpunkan ahli akademik dan industri, kita boleh memanfaatkan kepakaran, sumber dan pandangan pada kedua-duanya sektor untuk menangani cabaran dan pemacu dunia sebenar perubahan yang bermakna,’’ ujarnya.

YB Timbalan Menteri Pendidikan yang diiiringi Timbalan Ketua Perwakilan (mewakili Mr. Takahashi Katsuhiko, Duta Jepun Ke Malaysia), Mr. Atsushi Karimata dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berucap seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar MJIIT yang ditawarkan pekerjaan oleh Syarikat melalui program MJIIT Suisen Oubo.

Turut hadir, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Ts Ahmad Fauzi Ismail. 

  • Last updated on .
  • Hits: 427
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 24 July 2024, 03:08:48.

sirim-logo