Kunjungan Hormat UMT: Berkongsi Aspirasi dan Hala Tuju Universiti

Kunjungan Hormat UMT: Berkongsi Aspirasi dan Hala Tuju Universiti
English translation not available for this content.

7 Julai 2026 | Putrajaya

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBrs. Prof. Dr. Mohamad Salmi bin Mohd Sohod dan Naib Canselor UMT, YBrs. Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim di Putrajaya hari ini.

Sesi tersebut memberi ruang kepada UMT untuk membentangkan latar belakang universiti, di samping berkongsi perancangan hala tuju institusi serta aspirasi ke arah menjadi salah sebuah universiti terkemuka yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

Perbincangan turut menyentuh cabaran serta isu yang dihadapi UMT dalam operasi harian universiti. Sesi ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai usaha memperkasakan kecemerlangan institusi dan menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.

  • Last updated on .
  • Hits: 152
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 10 July 2026, 10:17:09.

sirim-logo