Kunjungan Hormat KSU KPT Kepada KPPA

Kunjungan Hormat KSU KPT Kepada KPPA
English translation not available for this content.

7 Julai 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz di Pejabat KPPA hari ini.

Pertemuan tersebut membuka ruang perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan tadbir urus sektor awam serta keperluan sumber manusia Kementerian dalam usaha memperkasa agenda pendidikan tinggi negara selaras dengan aspirasi pembangunan negara.

Kunjungan ini turut mengukuhkan jalinan hubungan strategik antara KPT dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih dinamik, responsif serta berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

  • Last updated on .
  • Hits: 119
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 10 July 2026, 10:17:09.

sirim-logo