KSU KPT Sempurnakan Pelepasan FOI Run Challenge 2025
Komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memupuk gaya hidup aktif dan meningkatkan penglibatan komuniti pendidikan tinggi diterjemahkan melalui penganjuran FOI Run Challenge 2025 di Putrajaya.
Acara pelepasan yang berlangsung di pekarangan Aras G, Putrajaya International Convention Centre (PICC) disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim, selepas sesi senam robik serta persiapan keselamatan yang melibatkan penyertaan lebih 2000 orang peserta dan tetamu seawal pagi.
Larian merangkumi tiga (3) kategori iaitu 2.5km VIP, 5km dan 10km dengan laluan berbeza sekitar Lebuh Gemilang, Jalan P5, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan kawasan pentadbiran utama sebelum peserta kembali ke PICC untuk acara penutup melibatkan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.
Turut hadir ialah pegawai kanan KPT; wakil pengurusan Universiti Putra Malaysia; dan wakil industri daripada rakan penganjur.
- Last updated on .
- Hits: 407