KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Reformasi Polisi Pendidikan Tinggi Nasional

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Reformasi Polisi Pendidikan Tinggi Nasional
English translation not available for this content.

KPT sedang membentuk sebuah jawatankuasakhas yang akan bertanggungjawab untuk membuat semakan dan kajian secara mendalam, terperinci dan objektif ke atas semua dasar-dasar pendidikan tinggi nasional sedia ada.

Keahlian jawatankuasa ini bakal melibatkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada dunia pendidikan tinggi serta terkemuka industri yang mampu menyarankan idea secara holistik bagi meningkatkan kecemerlangan penyampaian pendidikan tinggi negara.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian apabila ditanya mengenai pelan reformasi pendidikan tinggi negara di Dewan Rakyat hari ini.

Jawatankuasa khas terbabit diberi masa selama 3 bulan untuk menjalankan mandat mereka dan seterusnya mengemukakan cadangan penambahbaikan yang bakal menjadi asas pembangunan pelan induk pendidikan tinggi negara Malaysia yang baharu.

Langkah yang dijalankan KPT ini adalah selaras dengan 11 aspirasi perutusan tahun 2023 oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi pada Januari lalu.

  • Last updated on .
  • Hits: 3630
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.