Kunjungan Hormat DS KSU Ke Atas YAB Menteri Besar Johor

Kunjungan Hormat DS KSU Ke Atas YAB Menteri Besar Johor
English translation not available for this content.

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB. Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor yang bertempat di kediaman rasminya di Saujana hari ini.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi negara.

Terdahulu, YBhg Dato’ Seri KSU disambut YB Tuan Muszaide Makmor, ADUN Sedili di Kota Tinggi ketika beliau dan delegasi KPT melakukan lawatan kerja ke tapak pembangunan di sini.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBrs. Prof. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, Naib Canselor USIM dan YBrs. Puan Azlinda Azman, SUB Pembangunan KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 2763
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 24 May 2024, 17:03:21.