KPT dan UTeM Perkukuh Agenda Pembangunan Pendidikan Teknikal Negara

KPT dan UTeM Perkukuh Agenda Pembangunan Pendidikan Teknikal Negara
English translation not available for this content.

25 Jun 2026 I Putrajaya

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diketuai oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Ts. Dr. Massila binti Kamalrudin hari ini.

Pertemuan tersebut menjadi platform untuk memperkenalkan UTeM serta rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN), di samping membincangkan perkembangan dan perancangan projek pembangunan universiti bagi memperkukuh peranan institusi pendidikan teknikal negara.

Sesi ini menzahirkan komitmen berterusan KPT dan UTeM dalam memperkasakan ekosistem pendidikan tinggi negara melalui kerjasama strategik, pembangunan infrastruktur yang mampan serta pengukuhan agenda pendidikan teknikal dan latihan kemahiran selaras dengan aspirasi pembangunan negara. 

  • Last updated on .
  • Hits: 168
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 June 2026, 10:47:03.

sirim-logo