Kerjasama KPT Dan Kesuma Fokus Penyediaan Bakat Dan Kebolehpasaran Graduan

Kerjasama KPT Dan Kesuma Fokus Penyediaan Bakat Dan Kebolehpasaran Graduan
English translation not available for this content.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang pada pagi ini telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Kerjasama antara KPT dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan penyediaan bakat dan pasaran kerja graduan serta cadangan intervensi di antara kedua-dua Kementerian.

Mesyuarat ini turut dipengerusikan secara bersama dengan Ketua Setiausaha KESUMA, YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud.

Antara perkara yang turut disentuh dalam mesyuarat ini ialah kaedah terbaik yang perlu diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi isu-isu kebolehpasaran graduan; antaranya Latihan Industri, bekerja di bawah kelayakan pendidikan (underemployment), gaji permulaan siswazah yang rendah dan penyelarasan peranan serta fungsi merentasi Kementerian.

Hasil daripada pertemuan ini juga, kedua-dua Kementerian bersetuju agar kerjasama antara keduanya diperkukuhkan lagi bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan pasaran modal insan secara komprehensif demi kepentingan pembangunan bakat di negara ini.

Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Bahagian Perancangan Strategik (BPS), KPT ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua Kementerian serta agensi di bawah KESUMA iaitu Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Human Resources Development Corporation (HRD Corp). 

  • Last updated on .
  • Hits: 924
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.