Hari Pekerja 2024 Iktiraf Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong Dari UTHM Dan Kesatuan Kakitangan Umum UITM

Hari Pekerja 2024 Iktiraf Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong Dari UTHM Dan Kesatuan Kakitangan Umum UITM
English translation not available for this content.

Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan sambutan Hari Pekerja 2024 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.

Bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa', Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Steven Sim Chee Keong bersama-sama para pemimpin negara, jabatan, industri dan kesatuan telah meraikan golongan pekerja yang hadir hari ini.

YAB Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Hari Pekerja 2024 kepada penerima daripada setiap 12 kategori pencalonan, dengan Prof. Ts. Dr. Zaidi Embong, dari Institut Kejuruteraan Integrasi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara (Orang Kurang Upaya) 2024.

Selain itu, Kesatuan Kakitangan Umum Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Kesatuan Sekerja Badan Berkanun 2024.

Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan 2024-2030 yang akan menjadi garis panduan dasar untuk kerajaan melaksanakan program-program pembangunan modal insan di Malaysia.

Kira-kira 3,000 orang pekerja meliputi sektor awam dan swasta telah hadir memeriahkan sambutan Hari Pekerja tahun ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; dan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail. 

  • Last updated on .
  • Hits: 942
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 10:52:23.