16 Pelajar POLYCC Galas Tanggungjawab Negara Ke FIRA RoboWorld Cup 2025 Korea

16 Pelajar POLYCC Galas Tanggungjawab Negara Ke FIRA RoboWorld Cup 2025 Korea
English translation not available for this content.

Seramai 16 orang pelajar POLYCC (Politeknik dan Kolej Komuniti) akan mewakili Malaysia ke Kemuncak dan Kejohanan Piala RoboWorld kali ke-30 (30th FIRA RoboWorld Cup and Summit 2025) anjuran Persekutuan Persatuan Robot-Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) yang bakal berlangsung di Daegu, Korea bermula 11 hingga 15 Ogos depan.

Majlis flag-off Pasukan FIRA POLYCC Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud di ibu negara pagi tadi.

Pasukan negara diwakili oleh empat (4) buah institusi iaitu Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Sultan Idris Shah, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah yang akan bertanding dalam empat (4) kategori pertandingan iaitu HuroCup, Autonomous Car Challenge, Air-Drone Autonomous Race dan Air-Drone Emergency Service.

YB Timbalan Menteri menyifatkan penyertaan ini sebagai bukti kekuatan pendidikan TVET dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menyeru para peserta agar memanfaatkan platform ini untuk membina sahsiah, memperkukuh semangat berpasukan dan memperluas rangkaian global.

Malah, penyertaan ke FIRA RoboWorld Cup ini sejajar dengan usaha memperkasa TVET selari perkembangan Revolusi Industri 5.0.

Untuk rekod, pasukan POLYCC pernah mengharumkan nama negara menerusi pencapaian dalam kejohanan terdahulu, termasuk satu anugerah teknikal terbaik di Brazil serta tiga pingat dalam kategori HuroCup di Jerman.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Kontinjen sebagai simbol amanah negara yang perlu digalas serta pembakar semangat sepanjang mereka di sana.

Turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail. 

  • Last updated on .
  • Hits: 518
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 September 2025, 04:30:59.

sirim-logo