Perkhidmatan

Maklumat berkaitan perkhidmatan teras yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta agensi di bawahnya kepada golongan pelajar, institusi dan juga warga kementerian

PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2026

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi tahun 2026.

BYDPA merupakan program biasiswa yang paling berprestij di bawah JPA bertujuan menaja warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di peringkat ijazah lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran). Penajaan ini ditawarkan di institusi pengajian tinggi tempatan dan universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang membawa manfaat besar kepada negara seperti berikut:

(i)   Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM);
(ii)  Ekonomi;
(iii) Undang-Undang;
(iv) Kewangan Islam; dan
(v)  Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal https://penajaan.jpa.gov.my/ mulai 9 Februari hingga 9 Mac 2026.

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, ditandatangani serta dikemukakan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang berkaitan. Borang dan dokumen tersebut mestilah diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 13 Mac 2026 (Jumaat) sama ada melalui serahan tangan atau pos ke alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Untuk keterangan lanjut berhubung penawaran ini, sila layari:

Atau hubungi talian berikut: 03–8885 3569 / 3438 / 3879 / 3571
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

  • Last updated on .
  • Hits: 141
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 18 Februari 2026, 04:57:19.

logo-sirim