Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Unit Integriti

English translation not available for this content.

Latar Belakang

Unit Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Ceraian SP 1.2.1 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia berkaitan Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam (dahulu dikenali sebagai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013).  Unit Integriti berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Kementerian Pendidikan Tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2013. Penubuhan Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.

Visi & Misi

Visi

Menjadi pemacu keutuhan integriti di Kementerian Pendidikan Tinggi dan perkhidmatan awam amnya.

Misi

Menerapkan pembudayaan integriti kepada warga Kementerian Pendidikan Tinggi.

Objektif

Untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah Unit yang khusus supaya inisiatif-inisiatif penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan dengan secara yang lebih fokus, terancang, efisien dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Piagam Pelanggan

    1. Memastikan sekurang-kurangnya satu (1) program Pengukuhan Integriti diadakan kepada warga KPT dalam masa setahun.
    2. Menerima aduan pelanggaran integriti dan mengambil tindakan terhadap aduan dalam tempoh 14 hari bekerja.
    3. Mengambil tindakan mengesan dan mengesahkan sebarang aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika dalam tempoh satu (1) bulan.
    4. Menyelesaikan kes tatatertib terhadap pegawai yang melanggar peraturan di bawah Lembaga Tatatertib KPT dalam tempoh (6) enam bulan dari tarikh maklumat lengkap diperolehi.

Struktur Organisasi

Struktur_Organisasi_UI.jpeg

Fungsi

Tadbir Urus

Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.

Pengukuhan Integriti

Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.

Pengesanan dan Pengesahan

i. Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.

ii. Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.

Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

Maklumat Perhubungan

Unit Integriti
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 1, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Alamat Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Last updated on .
  • Hits: 20181
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 05 August 2025, 07:00:36.

sirim-logo