Corporate

Corporate information of the Ministry of Higher Education (MoHE) for public reference such as Introduction, Vision and Mission, Organisation Chart, Minister and Deputy Minister, Top Management and others.

Unit Komunikasi Korporat

English translation not available for this content.

Latar Belakang

Dalam usaha melonjakan nama kementerian, mekanisma terpenting adalah melalui kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat kepada pelanggan dalaman dan luaran. Unit Komunikasi Korporat (UKK) ditubuhkan sebagai titik fokus (focal point) kementerian dalam mengedarkan maklumat kementerian dan agensi kepada umum. Bagi meningkatkan dan melestarikan imej korporat Kementerian serta meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian, UKK telah menggadakan usaha penyebaran maklumat lebih berorientasikan pelanggan.

Visi & Misi

Visi

Menjadi jentera pengurusan komunikasi dan perhubungan awam Kementerian yang profesional dan berwibawa.

Misi

Mengukuhkan imej korporat Kementerian menerusi pengurusan komunikasi dan perhubungan awam yang strategik.

Objektif

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Kementerian dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif KPT secara keseluruhan;
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan,peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak;
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kementerian melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video;
  • Memastikan aduan, pertanyaan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan KPT diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan KPT diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :

Seksyen Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

  • Memperakui penerimaan aduan melalui Surat Akuan Terima (SAT) kepada pengadu dalam tempoh 1 - 3 hari dari tarikh aduan diterima.
  • Menyelesaikan aduan pelanggan bagi kategori biasa dalam tempoh masa 15 hari waktu bekerja.

Seksyen Hal Ehwal Korporat

  • Merancang dan melaksanakan promosi dan publisiti mengenai dasar, aktiviti, program dan perkhidmatan Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Menyedia dan menerbitkan Buku Laporan Tahunan Kementerian 1 kali setahun.
  • Merancang dan menyediakan pembangunan pelan media dan komunikasi induk Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Memantau dan mengemaskinikan kandungan portal, blog, Facebook dan Twitter Kementerian setiap hari waktu bekerja.
  • Mengeluarkan Nota Kepada Pengarang (NE) selewat-lewatnya dalam tempoh 24 jam sebelum tarikh program dan mengedarkan Kenyataan Media kepada media massa serta merta sebaik sahaja diterima.
  • Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai Kementerian Pendidikan Tinggi

Struktur Organisasi

Unit Komunikasi Korporat

Fungsi

Hal Ehwal Korporat & Komunikasi Strategik

  1. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti bagi meningkatkan imej korporat Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
  2. Focal point Kementerian dalam menyampai dan menyalurkan maklumat di peringkat Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
  3. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pelan komunikasi/ promosi/ publisiti program serta pencapaian kementerian/ jabatan/ agensi di media-media utama dan media sosial.
  4. Merancang dan melaksana kajian impak ke atas keberkesanan sistem penyampaian Kementerian/ Jabatan/ Agensi.
  5. Memberi khidmat nasihat bagi penyediaan nota kepada editor/ siaran akhbar dan khidmat nasihat kepada media dalam membuat liputan.
  6. Merancang bahan-bahan penerbitan dan dokumentasi Kementerian.
  7. Merancang dan menyediakan bahan-bahan promosi Kementerian terutama di media sosial seperti video pendek dan infografik.
  8. Sebaran maklumat Kementerian melalui media sosial dan portal untuk hebahan kepada warga KPT dan IPT secara keseluruhan.

Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan

  1. Memberi penjelasan dan khidmat nasihat mengenai dasar, program dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian/Jabatan/Agensi.
  2. Merancang, mengurus dan melaksanakan pengurusan aduan awam yang merangkumi aduan, pertanyaan. cadangan dan penghargaan berkenaan Kementerian/Jabatan/Agensi.
  3. Mengurus dan memantau isu-isu berkaitan Kementerian di media massa.
  4. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan.
  5. Menyelaras dan memantau laporan Piagam Pelanggan UKK.
  6. Menyelaras dan memantau sistem Pengurusan Aduan Awam Kementerian.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 3, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6885
  • Last updated on .
  • Hits: 23053
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 14 June 2024, 19:20:56.