English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

PROGRAM SANTUNI MADANI KSU KPT TAHUN 2026 DEKATI KOMUNITI
KAMPUNG TENGAH, KLUANG, JOHOR


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membawa semangat Malaysia MADANI lebih dekat kepada masyarakat menerusi Program Santuni MADANI Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2026 yang berlangsung selama dari 4 hingga 5 September 2026 di Kampung Tengah, Kluang, Johor Darul Ta’zim.

Program yang dinaungi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim itu mengangkat tema “Memperkasa Komuniti Kampung Tengah, Kluang Melalui Sinergi Kementerian & Akar Umbi”, dengan penglibatan warga Kementerian, Institusi Pendidikan Tinggi, sekolah, agensi Kerajaan dan komuniti setempat.

Pelbagai pengisian disusun merangkumi aspek kerohanian, kemasyarakatan, kecergasan, rekreasi, pendidikan dan teknologi, antaranya Semarak Subuh, solat berjemaah, tazkirah, ceramah khas agama serta Kenduri Rakyat dan Rewang.

Dari aspek kecergasan dan rekreasi, program menampilkan Jalan-jalan Jalur Gemilang sejauh tiga kilometer bersempena bulan kebangsaan ke-69, berjalan pantas, senamrobik, sukaneka, petanque, memanah, dart dan permainan tradisional.

Golongan muda turut diberi perhatian menerusi Bengkel Robotik dan Pertandingan FIRA Junior, e-sukan serta pertunjukan dron, manakala masyarakat setempat mendapat manfaat daripada pemeriksaan kesihatan, pameran agensi, Jualan Rahmah serta perkhidmatan spa dan gunting rambut.

Program ini turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Tengah Kluang, Waqaf An-Nur serta Jualan Rahmah MADANI, selain rakan strategik daripada ekosistem pendidikan tinggi termasuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) serta UPUOnline®.

Turut terlibat ialah Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Pendidikan Tinggi, Surau Ibadurrahman serta Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Program Santuni MADANI Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Tahun 2026 memperlihatkan usaha KPT menghubungkan warga kementerian dan institusi pendidikan tinggi dengan masyarakat menerusi penglibatan langsung serta kerjasama yang memberi manfaat kepada komuniti.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
5 September 2026

Muat Turun:

  pdf Siaran Media - Program Santuni MADANI KSU KPT Tahun 2026 Dekati Komuniti Kampung Tengah, Kluang, Johor(190 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 1075
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 10 September 2026, 09:59:34.

sirim-logo