English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

PROGRAM iFUTURE 2024, PENTAS DISKUSI KEPIMPINAN MAHASISWA
TEMPATAN DAN ANTARABANGSA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menganjurkan program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) bermula 16 hingga 18 Ogos 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebagai usaha Kementerian memastikan generasi pelapis pemimpin negara didedahkan dalam pelbagai isu nasional dan global.

Program yang melibatkan lebih 1,000 pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa daripada 46 buah negara ini merupakan komitmen KPT dalam menyediakan wahana dan peluang kepada mahasiswa untuk penyerlahan bakat kepimpinan; meningkatkan kualiti keilmuan; mengukuhkan keterampilan; dan kemahiran pengucapan awam.

Penganjuran julung kali ini menjadi pentas menemukan para pemimpin mahasiswa tempatan dan antarabangsa; kepimpinan sektor pendidikan tinggi negara; serta Menteri-menteri Kabinet yang akan berdiskusi dalam tujuh (7) sesi forum mengenai pelbagai topik berkaitan kepimpinan bagi membuka perspektif baharu dalam memahami kedinamikan peranan antara satu sama lain.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyempurnakan program pada malam ini (16 Ogos 2024), manakala Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid pula dijadual untuk menyampaikan ucaptamanya pada 17 Ogos 2024. Bagi penutupan program, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pula akan menyempurnakan majlis penutup iFUTURE 2024 pada 18 Ogos 2024.

Semua sesi dan forum yang berlangsung sepanjang program ini turut boleh disaksikan secara langsung di:
i. Facebook Rasmi KPT: https://www.facebook.com/MOHEOfficial
ii. Facebook Rasmi UKM: https://www.facebook.com/UKMOfficial
iii. Saluran YouTube Rasmi UKM Tube: https://www.youtube.com/c/ukm_tubes

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
16 Ogos 2024

Muat Turun:

  pdf Siaran Media-Program iFUTURE 2024, Pentas Diskusi Kepimpinan Mahasiswa Tempatan dan Antarabangsa (84 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5256
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Sunday 16 February 2025, 13:00:25.

sirim-logo