English translation not available for this content.

logo kpt black

SIARAN MEDIA

MENDEPANI PASARAN KERJA MASA HADAPAN: TEMA BAGI PERSIDANGAN PASARAN KERJA GRADUAN (PPKG) TAHUN 2023 ANJURAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI


Persidangan Pasaran Kerja Graduan (PPKG) pada 1 November 2023 anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bertujuan untuk mengenal pasti dan membincangkan maklumat berkaitan pasaran kerja masa hadapan bagi graduan, mendapatkan intervensi terbaik bagi Kementerian dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan, serta menentukan penyelesaian terbaik bagi isu-isu berkaitan ketidaksepadanan pekerjaan dengan kemahiran, gaji permulaan, nilai tambah dan pelbagai lagi. Persidangan ini turut dibantu oleh rakan strategik KPT iaitu Talent Corporation Malaysia (TalentCorp), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan LinkedIn Malaysia.

PPKG 2023 merupakan realisasi salah satu inisiatif di bawah Strategi Dua: Peluasan Kerjaya Pelajar di dalam Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2021 – 2025 yang merupakan sebuah dokumen dasar yang menjadi panduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam menjayakan agenda kebolehpasaran graduan. Persidangan ini mensasarkan penyertaan 300 orang jemputan terdiri daripada ahli akademia IPT, pemain-pemain industri, kementerian dan agensi berkaitan serta pelajar-pelajar IPT.

Persidangan Pasaran Kerja Graduan 2023 ini turut disertai oleh barisan-barisan ahli persidangan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang teraju masing-masing seperti Dr. Nungsari Ahmad Radhi, Datuk Mohamad Idham Nawawi, Datuk Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor, Datuk Dr. Mohd Gazali Abas, Dato’ Mohd Izani Ghani, Prof. Dato’ Ts. Dr. Shahrin Sahib @Sahibudin, Dr. Murali Raman, Raja Azmi Raja Adam, Puan Nur Mastura Mansor, Encik Ruban K. Kanagaratnam, Encik Idham Sabki Baharum dan Encik Nizam Abd Razak.

Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin juga turut berkesempatan untuk menyampaikan ucaptama beliau dan seterusnya merasmikan Persidangan Pasaran Kerja Graduan 2023. Di samping itu, turut berlangsung adalah empat majlis lain iaitu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KPT bersama SIRIM Berhad, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan kepada Universiti Sains Malaysia dan Chartered Institute of Logistics & Transport Malaysia (CILTM) dan Pelancaran Portal GEM@KPT.

Turut hadir bersama ke persidangan ini adalah Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) yang menyandang tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

Kementerian Pendidikan Tinggi
1 November 2023

Muat Turun:

pdf Siaran Media Persidangan Pasaran Kerja Graduan.pdf (95 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5580
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 July 2024, 02:51:53.